Harap dapat sebarkan kepada bloggers yang lain. Terima Kasih.
Sunday, March 8, 2009
Basuh Baju
Harap dapat sebarkan kepada bloggers yang lain. Terima Kasih.
Thursday, March 5, 2009
Penghormatan dari TT
Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.
Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati.
Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura.
Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.
Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.
Justeru apabila ada pihak yang meloncat meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya.
Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempak dengan daulat raja – mereka gempak dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempak dengan pemain bola, pemuzik, pelakon, penggodam internet atau pembawa counter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.
Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.
Noktah Sebentar.
Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Saud, Sultan Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Tetapi penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul. Bukan penghormatan yang dipaksa-paksa. (TT)
Sunday, February 15, 2009
Derhaka dari TT
Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan feudal Melayu.
Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.
Apabila penjajah British datang mereka menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.
Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada askar British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.
Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.
Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.
Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja.
Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana darjat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.
Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)
Thursday, February 12, 2009
Lost. Dating. Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR and her surrounding suburbs have a strange sense of aesthetics and direction. One “aesthetic” is glaringly clear – the aesthetic of street names and road signs. One could easily get lost in this city and its suburbs because the road’s name and sign are so pathetic.
Often whenever I am forced to leave my room to venture out for some unknown reasons, I become nervous. My blood pressure goes wild. I feel as if I have been drafted by Obama to be on the next plane to Gaza.
Before I could even find the road, I am already confused as to which suburb I’m headed to. I have been wondering as to why there are so many Damansaras – three in Kuala Lumpur and another 13 in other places. They are not even next to one another, yet they are all Damansaras.
Blimey, have our developers run out of names? There are millions of names – why pick that tacky name. What is so special about Damansara? Get a Kamus Dewan and open any page – voila – hundreds of names are on those pages.
I have observed that road names and their signs are not made for strangers or visitors to the milieu. They are not visitor friendly at all.
If the street or area has only numbers and no name, then be well-prepared, one is now entering Fallujah’s war zone. Road 6 could be after Road 9 and followed by Section 11 then followed by Section 2. A mind-boggling experience – nothing is mathematical about it. None of the roads or sections is numbered in sync.
A couple of years ago, I had a date. I was keen to make a good impression. The rendezvous point was away from my usual hangout. It was a disaster. I lost my way. Obviously, I made a zero impression by turning up late. My date came to a conclusion: it was a problem with the road sign.
Since then I have been obsessed about how our city’s road names and signs could be made logical, more rational and easier to find.
I thought London has Trafalgar Square as her zero point, Brussels has Grand Place, Paris the Eiffel Tower – so it would be appropriate to name Dataran Merdeka as our zero point. Then divide our city into four zones: north, south, east and west. From here we could rearrange and try to streamline and simplify Kuala Lumpur and her suburbs. It’s elementary Watson.
If this is done soon, this aging boy would be a happy man. I would be fortunate if there was another date. I would arrive in time and make a lovable impression if my taxi driver was not from Bangladesh, of course. But that is another story.
Wednesday, January 28, 2009
Radzi Tajuddin
Monday, January 26, 2009
TAMMAT
Selepas 8 bulan...
Sesudah 235 posting...
Sebanyak 650 komen...
Seramai 9600 pengunjung..
Akhirnya TAMMAT...
Saya ingin berterima kasih kepada:
Hishamuddin Rais- anda memang insan sangat COOL.
Utusan Malaysia- sumber jenaka terulung abad ini.
Secawan Kopi- yangs setia menemani semasa menulis.
Semua Pembaca- anda COOL!
Cukup empat terima kasih. Selalunya bagi tiga- tapi kali ni tambah satu. Kalau lebih empat- tak begitu cool.
Saya juga ingin buat dua maaf.
Maaf- kerana lewat tutup warung.
Maaf- sekiranya ada yang terasa dengan tulisan.
Kepada si penghantar email yang marah/ bengang/ tak suka/ dan mengamuk kepada saya, dalam hidup ini kita tidak perlu bermusuh kerana pada akhirnya kita akan ketawa juga melihat kembali kebodohan kita sewaktu dulu. Dan marah-marah ini juga merupakan satu kebodohan yang akan membuatkan kita ketawa kelak. Jadi, tidak perlu berasa marah/ etc...
Sekian Terima Kasih...
(Saya sudah membuat 2 blog baru. Satu untuk pemikiran (public), satu lagi hal kehidupan saya. Untuk mereka yang mahu membaca blog kehidupan saya, sila e-mail/ komen/ chat box email anda. Kerana blog itu private.)
Saturday, January 24, 2009
Zionisme Dari TT
Noktah sebentar.
Friday, January 23, 2009
Gula oh Gula...
HARGA GULA DIJANGKA NAIK- Utusan Meloya
BUKIT MERTAJAM 21 Jan. – Pengumuman kenaikan harga gula awal bulan depan dijangka tidak membebankan pengguna kerana ia dilakukan secara berperingkat.
“Kita belum putuskan sama ada kekal atau naikkan harga. Sama ada naik harga dengan peratus yang kecil atau besar, ia akan dilakukan berperingkat-peringkat,’’ kata Datuk Shahrir Abdul Samad.
Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah 3 tahun lepas.
Hahaha nampak? mula-mula kata nak naik harga. Lepas tu kata tak membebankan pengguna. Dan hujah yang paling comel digunakan ialah- 'kali terakhir harga dinaikkan.....'
hahaha kalau dah namanya naik harga, tu bukan menyusahkan orang ramai ke? Hahaha
Pedulik apa kalau harga barangan itu tidak dinaikkan dah berapa tahun. Hahaha Bukannya ada 'hukum' kata setiap barangan mesti naik harga lepas 'sekian-sekian' tahun. hahaha
Dan... kemuncak kepada kebodohan-kebodohan berita ini ialah..... Jeng Jeng Jeng...
RAKYAT MALAYSIA KETAGIH GULA- Utusan errr loya ar!
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.
Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.
Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.
Hahaha tengok. Lepas dah kata 'tak membebankan pengguna' dan 'kali terakhir harga dinaikkan', surat khabar ini akan keluar pulak berita Gula tidak baik untuk kesihatan. hahaha
Inilah antara berita kelakar yang akan keluar bila harga sesuatu harga barang nak naik. Tujuannya ialah satu- nak menipu, membodohkan dan mengalihkan pemikiran kita.
Esok, akan keluar berita kat utusan pandangan doktor tentang gula. Lusa keluar pulak berita nasihat profesor kang kong pasal harga gula.
Kemudian kerajaan pun akan keluar statistik harga gula kita antara terendah berbanding Zimbabwe, Papua New Guine, Las Vegas dan Baghdad. hahaha
Woit! orang nak harga gula rendah- bukan nak dengar ceramah-ceramah karut pasal gula. hahaha
Sebab itu dah cakap- dilihat pegang Utusan TAK COOL!
Dari UIA- Dah agak dah
Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan.
Menurut keputusan rasmi hari ini, pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.
Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.
Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.
Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, pro-Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi.
Bagi kampus Kuantan pula, pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.
Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan.
Jadi: Pro- Mahasiswa (anti-kerajaan) dapat UIA dan UM.
Pro-Aspirasi (pro-kerajaan) dapat U yang lain.
Tamat....
Wednesday, January 21, 2009
Cool dari TT
APA MASIH COOL 2009
Baju t-hitam masih lagi cool. Baju t –putih dengan Levis 501 masih cool.
Baju dan seluar dari fashion house Le Bundle paling cool.
Kaca mata hitam sepanjang masa masih cool.
Facebook, you tube, blogger adalah cool.
APA YANG TIDAK COOL 2009
Anting-anting di telinga- out
Cucuk lidah- out
Rambut warna warni macam pelangi- out
Rantai besar perak putih- out sekali.
Dilihat di Bangsar Telawi- paling out.
Awek/Balak Mat Saleh paling tidak cool – jadi King Kong
Dilihat bersama UMNO- paling tidak cool.
Dilihat memakai baju batik lengan panjang- gila tak cool.
Membaca Metro, Kosmo-adalah kerja haprak yang paling tidak cool.
Pakai tali leher- lagilah tak cool.
DRESS CODE di UIA.
PALING TAK COOL
Dilihat memegang Utusan Malaysia di dalam LRT/ bas.
Pergi ke majlis rasmi mendengar ucapan berjela-jela- habuk pun tarak.
Memainkan hati perempuan.
Pura-pura baik di depan perempuan.
UNTUK DILIHAT COOL TAHUN 2009
Membaca laman MalaysiaToday , MalaysiaKini dan RiceCooker.
Berbasikal. Jalan kaki. Makan di warung.
Tulis blog. Mandi sungai. Pergi pasar borong.
Tonton Teater Bukan Teater Hishamuddin Rais- Cool habis!
Bershopping di kedai bundle.
Beli T-shirt indie RM10.
Pakai selipar dengan jeans.
Jalan sorang-sorang.
Jadi gentleman kalau nak berkenalan.
Berkawan dengan Cina dan India.
SIAPA YANG COOL 2009
Hishamuddin Rais dan tapainya.
Fahmi Reza Revolusi 48.
Pian Habib penyajak.
Zunar pelukis kartun politik.
Evelyn pemain piano di No Black Tie.
Joe Kidd di Rice Cooker.
Tukang Potong Rumput yang pakai kaca mata hitam dan balaclava.
Mat Bangla di stesen minyak
Minah Indon di restauran.
Anak orang asli bermandi sungai di kebun.
Kamilan Karudin budak studio 3.
Berita dari UM
Bayangkan, lebih 500 penyokong sudah berhimpun di bangunan Canselori untuk mendengar keputusan. 50 polis terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan.
Ramai yang ada pada malam itu berkata inilah pilihanraya kampus paling panas dan sengit. Tetapi Blue Karipap tidak bersetuju. PRK pada tahun 1974 adalah yang paling gempak. Manifesto sahaja beribu yang datang turun. Tidak percaya? Sila google sendiri.
Lusa, Pilihan Raya Kampus yang dinantikan- di UIAM. Setakat ini, USM, UKM, UTM dapat ke tangan Pro-Aspirasi. Hanya UM Pro-Mahasiswa. Sekian.
Sunday, January 18, 2009
Surat Cinta Untuk King Kong
Saya memberikan nama budaya baru ini- budaya king kong. Mengapa King kong?
Sesiapa yang pernah menonton filem King Kong pasti sedar, king kong ini sifatnya suka mengacau dan mengganggu penduduk kampung tempatan. Untuk menundukkan keganasan King Kong ini, penduduk kampung akan menghadiahkan anak dara sebagai habuan. Tetapi sayang, king kong ini tidak ambik pot dan terus mengganas di kampung. Sekali pandang king kong ini cukup baik-tidak makan rasuah dan juga kuat iman.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila sekumpulan Mat Salleh datang melakukan lawatan sambil belajar ke pulau king kong itu. Seorang perempuan mat salleh telah ditangkap dan dihadiahkan kepada King Kong.
Secara misterinya, king kong yang begitu besar, gagah perkasa dan ganas dapat ditundukkan oleh si 'blonde' mat salleh ini. Dengan hanya menari dan meloncat-loncat, si 'blonde' ini dapat menawan berahi si King kong. Begitulah hebatnya si 'blonde' ini kerana dapat menjadikan king kong lemah dan bodoh.
Noktah sebentar. Kenapa king kong tidak jatuh cinta terhadap gadis tempatan? Kenapa gadis tempatan dibunuh?
Inilah yang saya katakan budaya King Kong- budaya yang senang dipengaruhi oleh apa sahaja yang berbentuk Mat Salleh. Dalam budaya king kong ini kita akan melihat segala macam produk tempatan- sepeti jam, sabun, kereta termasuk gadis tempatan atau apa sahaja- tidak cantik dan tidak menarik sepeti produk Mat Salleh.
Baru-baru ini saya terlihat iklan pencuci tandas di persimpangan jalan di hadapan DBP. Papan iklan ini cukup besar. Yang hairannya, gambar alat pencuci tandas yang ingin dijual itu begitu kecil saiznya. Yang terbentang luas ialah wajah mat salleh-perempuan. Saya hairan. Yang ingin dijual itu adakah pencuci tandas atau model? Sebab kalau model cun itu yang ingin dijual- saya mampu beli- hanya RM9.90.
Kemudian saya timbulkan satu persoalan, mengapa gunakan wajah mat salleh untuk iklan pencuci tandas?
Jawapannya cukup mudah- iklan ini dibuat oleh indidvidu yang pemikirannya masih dijajah. Mereka ini merupakan 'hasil' pemikiran pasca kolonial. Ketika Tanah Melayu dijajah dulu, Mat Salleh menjadi tuan kita. Apabila merdeka, mereka telah meninggalkan satu bentuk pemikiran 'apa sahaja yang berkaitan Mat Salleh dianggap baik' kepada kita.
Justeru, wajah model Mat Salleh wajib diletakkan sebagai bukti produk ini baik dan cukup unggul. Sebab kalau produk ini 'cekai', Mat Salleh ini pasti tidak mahu beriklan di sebelahnya.
Noktah Sebentar. Apabila kita melihat iklan-iklan yang menggunakan wajah Mat Salleh, wajiblah kita sedari bahawa iklan ini cuba untuk menjajahi kita. Iklan-iklan ini ingin menjadikan kita hilang jati diri. Iklan ini mahukan kita berasa sangsi terhadap budaya dan produk tempatan.
Untuk itu kita wajib memerdekakan dari daripada menjadi king kong. Kerana jika tidak, kita akan lemah mandul dan mudah dipermainkan sepeti King Kong yang tewas kepada si 'blonde'.
Saturday, January 17, 2009
Romancing the life
I’M NOT a techno geek. Brought up in ‘kampung style’ culture, I saw my first computer when I was about fifteen years old. Internet only came in 2007 to my house. Maybe this was one of the reasons why I have a slight reservation about technology and science. I was told that science one day could explain everything. I shudder if this would happen. I still love the myth and the mystery of life.
It would be a boring world if everything could be explained rationally. Life is about romance and mystery. Remember when we were all 12 – love was such a mystery. The first love encounter according to Lady Diana was "pretty amazing". Then came Jack and Rose – it blew away Romeo & Juliet and the Sonnet 18.
OBVIOUSLY TECHNOLOGY HAS ROBBED all the mystery of love. Long time ago, I used to write love letters on examination pad. Some I dropped at her desk and some were given to the ‘third person’- usually her best friend. Yes, these tactics are just brilliant for shy lovers like me. I was never the "now generation" but there was a "magical feeling" receiving letter from the girl you admire.
Nowadays, love letter has been taken away by cell phone- or should I say SMS?- and internet We are all connected from house to hostel, to university – almost everywhere. What a bore. How unromantic.
TECHNOLOGY AND SCIENCE has taken away the romance of travelling too. I first left my home –Selayang – in 1998. I was hitching my way to Cameron Highland for class trip. It was romantic. I bought a picturesque postcard of Tanah Rata to send home.
Today we are all connected. No more postcards. I knew a guy, on his way to a rendezvous, keeps on texting his girlfriend from every rest area on Plus Highway. The magic of a rendezvous is all gone. The cell phone has taken away surprises knocking at our door.
In the early 2000 my family and I took a bus trip all the way to Bangkok. Phuket was just an island. Ko Samui was a beach and Krabi was a serene fishing village. This was long before Leonardo DiCaprio arrived on ‘The Beach’. All are now gone. The arrival of cheap flights democratises travelling yet at the same time kills its romance.
EVERYTHING IS GLOBALISED. Everything is wired. More and more people are travelling – from here to there and to anywhere. Scientific advancement has turned travellers mad. The desire to move quicker and to arrive faster has been the neomantra. The romance of travelling is no longer there. Everything needs to move quicker and arrive faster.
Please put pause on one’s life screen. Take note: travelling is not about arriving. Travelling is not about reaching. Travelling is about the journey because over there will always be over there.
And yes, I miss love letter.
Friday, January 16, 2009
Sedikit Maklumat
DI USM...
DI UIAM...
Bagus jugakla. Nanti tak pasal-pasal ada calon yang beri rasuah 'air' untuk raih undi. hahaha
DI UM...
Maaf, Blue Karipap tidak bodoh.
Thursday, January 15, 2009
Mandi hujan dan boikot
"satu lagi pesanan...mcD itu harus diboikot..hehe..hasil daripada itu la zionis gunakan untuk membedil rakan2 kita disana..." -Anonymous-
" Sila boikot barangan Amerika.....spt McD, KFC, Starbucks.... " -SMS yang sering diterima-
Selalunya mak saya akan melarang. Sering saya bertanyakan kepada mak, mengapakah beliau melarang. Jawapannya- Nanti radzi juga yang sakit.
Baru-baru ini saya terdengar heboh di sana sini mengenai boikot barangan Amerika dan Israel. Saranan ini timbul sebagai membantah kekejaman Israel terhadap Palestin. Jadi antara barang-barang yang wajib diboikot ialah Coca Cola, McD dan starbucks.
Mengikut logik, apabila syarikat-syarikat Amerika ini diboikot, mereka akan rugi. Bila mereka rugi, ekonomi Amerika akan lumpuh. Bila lumpuh, mereka tidak akan dapat memberi dana kepada Israel. Bila ini berlaku, maka kekejaman Israel dapat dihentikan.
Sekali pandang, teori ini cukup comel. Kecomelan teori ini ditambah lagi dengan sentimen masyarakat yang menentang Israel dan Amerika sudah pasti dapat mengiurkan pemikiran kita.
Noktah sebentar, adakah boikot ini bagus? Jawapannya TIDAK.
Apabila saya berkata tidak, ia bukan bermakna saya menyokong Israel. Ia juga tidak bermakna saya sering menghirup kopi Starbucks setiap malam untuk berjaga malam. Malah rasa kopi ini pun masih misteri bagi saya-kerana saya tidak kaya untuk membayar berbelas ringgit bagi secawan kopi pahit.
Tetapi saya seorang yang realistik. Saya sedar boikot-memboikot ini tidak bagus kerana ia menjejaskan ekonomi negara. Bila ekonomi negara terjejas, ini bermakna kita juga terjejas. Untuk pengetahuan, kita itu ialah rakyat.
McD, Starbucks dan Coca Cola (saya mengambil contoh ini kerana ini antara barangan yang sering disuruh boikot) merupakan perniagaan francais oleh kaum kapitalis antarabangsa. Noktah sebentar, apakah itu francais?
Begini, katakan hari ini Norman Hakim membuka warong McD di Felda Taib Andak. Setiap tahun beliau terpaksa membayar sejumlah wang kepada cawangan utama McD di Amerika bagi hak menggunakan jenama McD itu. Wang yuran ini wajib dibayar TIDAK KIRA warong McD Norman untung atau rugi.
Inilah francais- Kaum kapitalis Amerika tetap untung, yang akan menanggung kerugian ialah rakyat tempatan.
Ini baru McD. Sebenarnya banyak lagi barangan daripada Amerika yang dibawa masuk melalui konsep ini. Cuba bayangkan barang-barang ini diboikot oleh kita? Hasil jualan akan merosot, syarikat-syarikat tempatan yang membawa masuk barangan ini akan rugi. Bila sudah rugi, cukai kepada kerajaan berkurangan. Bila cukai kurang, pendapatan negara akan susut. Kalau sudah susut, bagaimana ekonomi negara hendak berkembang?
Tidak cukup dengan itu, syarikat-syarikat yang rugi ini pastilah akan memberhentikan pekerja-pekerja mereka. Untuk pengetahuan, Coca Cola sahaja menggajikan 1700 pekerja Malaysia. Ini tidak dicampur lagi dengan pekerja Malaysia di McD dan lain-lain. Sila bayangkan beribu-ribu pekerja ini dibuang.
Satu soalan jujur, dengan krisis ekonomi global sekarang, adakah kita sanggup untuk menambahkan lagi 'penanam-penanam anggur' di negara kita?
Kerana itu saya katakan boikot barangan ini tidak bagus. Kerana akhirnya kita juga yang akan sakit. Samalah seperti mandi hujan, mula-mula kita berseronok. Tetapi akhirnya badan akan demam.
Wednesday, January 14, 2009
TERKINI! HANGAT!
BERITA BATAL DARI BANGI
Bagaimanapun Pro-Mahasiswa telah membantah keputusan pembatalan itu. Difahamkan pihak urus setia tidak berlaku adil kerana membenarkan 5 calon Pro-Aspirasi yang juga merupakan pelajar tahun akhir untuk bertanding dalam PRK ini.
Sesi bantah-membantah ini masih berterusan.
BERITA PANAS DARI UM
Seramai 400 orang telah turun di depan Tasik Varsiti- Blue Karipap pernah berjalan-jalan di sana. Tempat yang redup untuk mencari pasal.
Penyokong Pro-Mahasiswa berbaju oren (tak cool langsung) melaungkan slogan 'Yes, We Can'- (betul2 tiru Obama)-, dan 'Hidup Mahasiswa' -(macamlah mahasiswa tak hidup)-.
Seruan ini telah dibalas oleh penyokong Pro-Aspirasi yang berbaju hitam (macam berkabung) dengan 'Hancur Politik Luar'-(nak hancur kenapa?)-, dan 'UM is One'- (selama ni UM memang ada satu pun).
Keseluruhannya sentimen anti-kerajaan memang hebat di UM. Ini mengingatkan Blue Karipap kepada gerakan pelajar di UM pada tahun 1974.
POLIS DATANG BERZIARAH
PELAJAR MENZIARAHI POLIS PULA
Sekali lagi Blue Karipap terpaksa bermain teka teki untuk meneka siapakah pihak tertentu itu. Kalau jumpa- memang nak kena sekeh.
Mahasiswi tersebut- yang tak secun awek UIA- telah mendapat sepucuk surat. Pada mulanya dia menyangka surat cinta tetapi sayang surat tersebut tidak ber'bedak' sebaliknya berisi RM100 dan nota.
Mahasiswi itu terasa terhina dan malu kerana dirinya lebih mahal dari itu. Blue Karipap setuju. Takat RM100 nak buat apa. Mak Nyah di Chow Kit pun lagi mahal. hahaha
Sekian.
Tuesday, January 13, 2009
Projek 3 hari sebelum 20
(Kirim salam kat abang :p)
Zionis, Israel dan Yahudi
Jadi adakah Israel itu zionis? Jawapannya YA. Kerana sudah terang lagi bersilau Israel begitu bongkak dan angkuh dalam menghapuskan bangsa lain (baca; rakyat Palestin). Apabila sudah jelas Israel itu Zionis, maka wajib juga untuk kita menentang Israel- seperti kita menolak fahaman Zionis.
Bagaimana pula Yahudi? Yahudi ialah agama samawi- turun dari langit- seperti Islam dan kristian. Selalu kita menyangka yahudi hanya tinggal di Israel. Tetapi jika kita rajin bertanya kepada Lebai Google dan Pak Cik yahoo, kita akan dapati orang yahudi ini juga tinggal di seluruh pelusuk dunia. Ada di Iran, ada di Mesir, ada di Eropah dan ada di Asia. Mereka ini tinggal dan hidup secara aman dan harmoni- tanpa membuat gangguan.
Noktah sebentar. Apakah kaitan dengan ketiga-tiga hal ini dengan krisis Israel dan Palestin?
Jawapannya cukup mudah. Krisis Israel dan Palestin pada hari ini BUKAN mengenai agama. Ia bukanlah peperangan antara Islam dan yahudi. Kerana tidak semua rakyat Palestin itu Islam. Begitu juga tidak semua rakyat Israel itu yahudi- ada kristian dan atheis.
Tetapi Isu yang sebenar ialah perjuangan rakyat Palestin yang ingin merdeka daripada penjajahan Israel. Ini samalah seperti perjuangan mempertahankan tanah air daripada dirampas pihak luar.
Justeru, perkara pertama yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia mengenai krisis ini bukanlah demonstrasi mahupun boikot barangan. Sebaliknya memahami isu ini terlebih dahulu. Apa yang patut difahami- sebagai rakyat berbilang bangsa dan agama- ialah:
" perang di Gaza pada hari ini ialah tindakan penjajahan yang berterusan daripada Israel terhadap tanah air Palestin semenjak Perang 6 Hari 1967."
Jika hal ini dapat diterangkan sebaik mungkin, alangkah indahnya negara kita. Kerana kita akan melihat anak semua bangsa- Melayu, Cina, India- akan bangun dan bersatu tenaga dalam melawan Israel dan Zionis- tetapi bukan yahudi.
Bayangkan, jika kita terus memahami isu ini sebagai peperangan antara agama, bagaimana rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam ingin menyokong perjuangan rakyat Palestin?
Masih tidak percaya ini bukan isu agama? Sila fikirkan mengapa Venezuela- bukan negara Islam- menghalau duta Israel? Masih lagi tidak percaya? Mengapa berlaku demonstrasi besar-besaran di New York, London, Mumbai, Tokyo- juga bukan negara Islam?
Noktah sebentar: Sudah faham perbezaannya?
(Ps: 2 hari dalam menyiapkan tulisan ini aku ingin: Terima Kasih kepada Ronald Reagen- yang membuka dunia internet kepada dunia. Kepada Hishamuddin Rais- yang mempengaruhi stail tulisan aku. Kepada Nadea Sukarno- yang mendengar celoteh aku. Kepada secangkir kopi- yang membuatkan aku terus membaca, berfikir dan menulis.)
Terbaru daripada UKM
Tetap Yakin
Untuk pengetahuan, Pro-Mahasiswa merupakan golongan anti-kerajaan.
Gempur Aspirasi
Ini merupakan motto Pro-Aspirasi. Blue Karipap tertanta-tanya apakah makna motto ini? Jika dilihat maknanya, seolah-olah Pro-Aspirasi ingin menggempur pihak Pro-Aspirasi itu sendiri. Ini macam nak gaduh sesama sendiri je?
Blue Karipap gagal mendapatkan penjelasan.
Poster Misteri
Terdapat lebih daripada 300 poster Anwar Ibrahim dilihat 'bersantai' di UKM. Daripada hentian bas hinggalah kepada kolej kediaman, poster berwarna oren ini betul-betul mencuri tumpuan. Alangkah baiknya jika salah satu poster ini berada di loker Blue Karipap. Kalau tidak pun, poster anak Anwar- konfem tak tidur malam.
Apa yang misterinya bagaimana poster ini boleh menyusup masuk ke dalam UKM? Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masing-masing menafikan hal ini.
Tetapi di poster itu tertera logo Pro-Mahasiswa. Blue Karipap tersenyum- sudah tahu angkara siapa.
Lawak Pro-Aspirasi
Pro-Aspirasi telah membuat lawak kepada Pro-Mahasiswa: 'Tak perlu masukkan politik luar ke dalam kampus.' Lawak ini terjadi berikutan poster misteri anwar itu.
Blue Karipap sudah gelak berdekah-dekah. Ingat mahasiswa di UKM tidak ada internet ke? Macamlah mahasiswa ini tidak tahu tentang politik di luar sana. Takat poster Anwar itu tak akan ubah apa-apa la. Ingat mahasiswa bodoh ke? hahaha
Sekian untuk hari ini.
Anyone?
“Saya sudah berusia 107 tahun tetapi masih belum berkahwin. Apa yang akan terjadi sekiranya saya terus begini tanpa suami?,” kata Guiying yang dipetik oleh akhbar Chongqing Commercial Times. - Reuters
Ada sesiapa yang berminat?
